Sokong.

Saya sokong sangat kenyataan Kelab Maya Mahathir ni. Matlamat asal simpan duit di tabung haji ialah untuk Tunai Haji bukan untuk gandakan simpanan. So patut rakyat dengar pandangan cerdik ni, simpan hanya RM9980 sahaja, modal nak pergi haji. Keluarkan baki dan simpan ditempat lain. Simpan kat FD pun boleh dapat lebih 3%. Kalau esok rakyat ramai2 keluarkan baki duit, jumlah simpanan Rakyat dari RM 35 billion hanya akan tinggal lebih kurang RM 1.14 billion sahaja. Agak-agak Tabung Haji boleh bayar ke duit pendeposit?

Dato’ Lokman Adam

Najis.

SIRI TASAWUF: NAJIS ITU ADALAH DIRIMU

Siapa yang tidak kenal Abu Yazid Al-Busthami, beliau adalah termasuk di kalangan syeikh atau pemimpin kaum sufi. Namun siapa sangka beliau pernah mendapat ilmu yang sangat berharga daripada seekor anjing di tepi jalan.

Seperti biasa, Abu Yazid suka berjalan sendiri di malam hari. Lalu dia melihat seekor anjing berjalan terus ke arahnya, anjing itu dengan bersahaja jalan dan tidak menghiraukan sang Syeikh. Namun ketika sudah hampir dekat, Al-Busthami mengangkat jubahnya khuatir tersentuh sang anjing yang katanya najis itu.

Spontan anjing itu pun berhenti dan terus memandangnya. Entah bagaimana Abu Yazid seperti mendengar anjing itu berkata padanya;

“Tubuhku kering dan tidak akan menyebabkan najis padamu. kalau pun engkau itu merasa terkena najis, engkau tinggal basuh 7 kali dgn air dan tanah, maka najis di tubuhmu itu akan hilang. Namun jika engkau itu mengangkat jubahmu kerana menganggap dirimu yang berbaju dan badan manusia itu lebih mulia, lalu menganggap diriku yang berbadan anjing ini najis dan hina, maka najis yang menempel di hatimu itu tidak akan bersih walaupun engkau membasuhnya dengan 7 samudera lautan”.

Abu Yazid tersentak dan minta maaf daripada sang anjing. Lalu sebagai tanda permohonan maafnya yang ikhlas, dia pun lantas mengajak anjing itu untuk bersahabat dan jalan bersama. Tapi si anjing itu telah menolaknya.

“Engkau tidak patut berjalan denganku, kerana mereka yang memuliakanmu akan lantas mencemuhmu dan melempari aku dengan batu. Aku tidak tahu mengapa mereka menganggapku begitu hina, padahal aku berserah diri pada sang Pencipta wujud ini. Lihatlah aku juga tidak menyimpan dan membawa sebuah tulang pun, sedangkan engkau masih menyimpan sekarung gandum”, lalu anjing itu pun berjalan meninggalkan Abu Yazid yang masih terpinga-pinga.

Abu Yazid masih terdiam, “Duhai Allah, untuk berjalan dengan seekor anjing ciptaanMU saja aku tidak layak, bagaimana aku merasa layak berjalan bersama denganMU, ampunilah aku dan sucikan hatiku daripada najis.”

Sejak daripada peristiwa itu, Syeikh Abu Yazid pun sentiasa memuliakan dan mengasihi semua mahluk Tuhan tanpa syarat.

“Janganlah menganggap dirimu lebih suci daripada yang lain, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang paling suci di antara hamba-hamba-Nya” (Surah an-Najm).

Semoga beroleh kefahaman. Amiin²